Monday 22 February 2016

Pertumbuhan Sayuran


Status Semaian

Sayur radish mula bercambah pada hari ke-4

 Berikut adalah semaian pada hari ke-7
Radish

Leek

Carrot

Pada hari ke-7 Carrot mula bercambah

Percubaan


Masa untuk tanaman percubaan


Bahan dan alat yang diperlukan.

 Beberapa jenis kompos. Lebih banyak jenis lebih baik.
Kompos ini adalah Dari cendawan , tebu dan kompos pelbagai.
Peat moss dan Vermiculite.


Bekas bagi tujuan pencampuran, penyiram, dan alatan tangan.


Pasu

Kaedah
Campurkan semua bahan 1/3 peat moss, 1/3 vermiculate dan 1/3 kompos (cendawan + tebu + pelbagai.












Pastikan setiap campuran disiram sedikit bagi mengelakkan debu.   
 

 Campuran digaul hingga sebati.







Pasu serta campuran media











Tiga jenis sayuran bakal disemai


Sunday 21 February 2016

Menyelusuri alam flora

Sekian lama hobiku bercucuk tanam tersimpan sepi. Sekian sudah juga ku lupakan segala ilmu tanaman yang ku timba. Namun beberapa minggu yang lalu aku tersua dengan suatu idea yang begitu unik dari sebuah buku berjudul "Urban Farming" karangan oleh Curtis Stone.

Beliau membicarakan konsep bercucuk tanam dikawasan bandar. Pelik untuk diterima pada mulanya tetapi setelah diselidik sememangnya beliau juga sudah dan sedang mengamalkan konsep tersebut.
Idea beliau bercucuk tanam dengan menyewa ruang ruang yang terbiar dikawasan kejiranan beliau.
Kebiasaanya ruang ruang dibelakang rumah. Dengan bayaran sewa seperti sayuran, hasil dari tuaian Beliau berjaya mendapatkan sejumlah kawasan berkebun yang luas.

Antara keistimewaan konsep ini modal permulaan yang sangat rendah, pengawalan tanaman dari serangan penyakit dan keuntungan optimum.

Bagi memastikan pendapatan yang optimum. Jenis sayuran yang bakal ditanam dipilih berdasarkan

  • kehendak pasaran
  • Nilai
  • Tempoh untuk tuaian singkat
  • Tempoh menuai yang panjang
  • Jumlah hasil perkaki yang tinggi


 Idea yang begitu unik membuatku terbias jauh memikirkan peluang peluang yang mungkin ada.

Kemudian buku kedua menjadi tatapanku karangan oleh Bel Bartholomew, berjudul Squarefoot Gardening.

Konsep beliau dalam penyedian kawasan tanaman serta media tanaman sangat menarik.

Beliau menganjurkan tanaman hanya menggunakan baja kompos.